Latest

Jelajah AMAN KAMPUS ke Pantai Timur

Jelajah Aman Kampus terdahulu yang berada di utara tanahair sebelum ke IPTA di negeri-negeri Pantai Timur, selain mendapat sokongan dari majoriti YDP Majlis Perwakilan Pelajar IPTA ianya juga turut disokong oleh mahasiswa dari IPTS.

20120405-010607.jpg

Selain itu mahasiswa bukan Melayu turut sama menyatakan sokongan mereka dengan apa yang dilakukan oleh ASPIRASI MAHASISWA dalam menggerakkan program Aman Kampus.

20120405-010654.jpg

Aktiviti ini bakal merubah pesepsi segelintir Mahasiswa yang beranggapan negatif kerana objektif program tersebut sepertimana berikut :

20120405-010921.jpg

Aktiviti yang memasuki FASA 2 ini akan berakhir pada 29 April ini. Adakah program ini bakal berhadapan dengan Mansuh PTPTN atau BERSIH 3.0? yang mana pilihan anda. U-think?

20120405-011718.jpg

Advertisements

Mahasiswa sama macam binatang-Adun PAS

Seorang Adun Pas dari Terengganu menyampaikan mesej kepada kita bahawa binatang lebih penting atau lebih baik dari mahasiswa-mahasiswa.

20120404-111729.jpg

Syed Azman Syed Ahmad seorang adun Pas dari Terengganu yang dikenali sebagai pembohong bersiri dalam satu tulisan yang disiarkan di harakahdaily mempertikaikan tindakan Kerajaan Terengganu membatalkan penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar Terengganu yang sedang belajar di Mesir setelah mereka didapati bersalah terlibat dalam demostrasi bersih tahun lepas.Katanya dalam Harakahdaily :

20120404-113704.jpg

Terima kasih kerana menjadikan binatang sebagai bandingan kepada mahasiswa-mahasiswa tersebut dan membuka mata kita serta membuktikan kepada rakyat bahawasanya binatang lebih baik dan lebih penting daripada pelajar-pelajar yang asalnya manusia tetapi berkelakuan seperti apa yang terkurung di zoo.

Binatang lebih tinggi tarafnya berbanding pelajar-pelajar yang diberi wang untuk belajar tetapi pergi berkelakuan seperti spesis yang digunakan untuk pertunjukan di zoo. Seterusnya membuktikan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Terengganu itu adalah langkah yang tepat.

20120404-113938.jpg

Bela binatang lebih baik daripada membela manusia yang berkelakuan seperti spesis tersebut. Binatang di zoo lebih tahu bersyukur kerana dia tak gigit tangan atau serang orang yang memberi makanan kepadanya dan menjaganya.-rbf / U Think?

Pas semakin terdesak!

20120312-215004.jpg

KOTA BHARU-Pas menolak dakwaan pihak tertentu mendakwa terdapat cubaan membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga untuk dilantik menjadi naib presiden parti itu.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, setakat ini tiada perbincangan membawa masuk Pengerusi Bersih 2.0 ke dalam Pas.Menurutnya, Pas tidak akan membuat keputusan secara berseorangan dan semua kata putus dicapai menerusi perbincangan di peringkat Pusat.

“Ini hanyalah spekulasi dan perubahan menstrukturkan dalam parti adalah menerusi mesyuarat, kita ada Majlis Syura dan penting sekali berdasarkan muktamar,” katanya ketika ditemui selepas menjadi ahli panel Forum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) “Peluang Selamatkan Malaysia” di Kelantan Trade Center, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berhubung cubaan pelantikan S Ambiga dalam sebuah akhbar tempatan, kelmarin.

20120312-222202.jpg

Dalam masa sama, Mohamad menyifatkan berita itu adalah rekaan semata-mata dan menegaskan sehingga kini tiada sesiapapun yang menyuarakan pandangan untuk mengambil orang bukan Islam jadi Naib Presiden Pas.- Sinar Harian

GELOMBANG MERAH era kebangkitan

Rakyat Kelantan mula sedar akhir-akhir ini dengan semangat Gelombang Merah yang kian terasa auranya. Rakyat mula sedar walaupun berada dinegeri Pembangkang namun, kerajaan Barisan Nasional (BN) langsung tidak pinggirkan dalam aspek pembangunan demi kepentingan rakyat.

20120207-092308.jpg

Semenjak 2005 lagi Kerajaan BN menyediakan projek baikpulih masjid dan surau demi kesejahteraan rakyat. Selain itu, sebanyak 14 buah masjid baru dibina dengan belanja lebih RM40 juta.

Antara projek untuk kesejahteraan Rakyat Kelantan adalah :

– Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Ke 2 sepanjang 800 meter serta laluan bertingkat bagi mengatasi kesesakan lalu lintas sepertimana yang dialami sekarang dengan harga RM150 juta.
– Kerajaan Pusat juga telah menaikkan taraf jalan Kubang Kerian-Sabak dengan kos RM27 juta.
– Pembangunan dikawasan Bandar Baru Tunjung seperti Terminal Agribusiness Negara (TEMAN) RM85.7 juta.
– Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat RM20 juta.
– Wisma Audit RM18 juta.
– Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tanah Dan Galian RM8.76 Juta.
– Kompleks Mahkamah Syariah RM22.1 juta.
– Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan RM33.1 juta.
– Melebarkan dan memanjangkan Landasan Lapangan Terbang RM40 juta.
– HUSM memperbesarkan ruang dan menambahbaik kemudahan RM127 juta.
– HRPZ II menambahbaik kemudahan RM182.7 juta.
– Pembinaan Dewan Bedah baru Hospital Kuala Krai RM 9 juta.

Kesedaran rakyat mengenai segala pembangunan yang telah Kerajaan BN berikan telah diterjemahkan melalui ribuan kehadiran dalam program-program yang telah diatur.

20120207-095641.jpg
Majlis Maulidur Rasul bandar Pasir Puteh

20120207-095832.jpg
Kebangkitan Gelombang Merah

20120207-095943.jpg
Sambutan diluar dugaan

20120207-100113.jpg
Memenuhi semua ruang

20120207-100257.jpg
Sambutan daripada veteran-veteren

20120207-100452.jpg
Ucapan oleh Ketua Bahagian Pasir Puteh

Read the rest of this page »

Celik budaya yang telah PAS buktikan

20120206-110444.jpg
PAS sanggup lakukan apa saja, demi undi

20120206-110531.jpg
Masjid yang sekian hari dinodai

20120206-110759.jpg
PAS lacurkan agama

Bukti Sistem Kehakiman Negara TELUS!!

SAIFUL REDHA

20120109-122254.jpg

20120109-122611.jpg

Hakim Mohamad Zabidin telah membuat kejutan dengan mengumumkan Keputusan Kes Liwat II sebentar tadi dengan memutuskan Anwar didapati tidak bersalah dan mendesak Ketua Pembangkang itu dibebaskan.Beliau yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

ANWAR BEBAS

20120109-122129.jpg

Adakah Garis Panduan Perhimpunan 901 dipatuhi?

Garis panduan yang dikeluarkan pihak Polis DiRaja Malaysia berhubung kebenaran berhimpun kepada para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :

1. Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

20120109-114430.jpg

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

20120109-121146.jpg

3. Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

20120109-114714.jpg

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

20120109-121244.jpg

Read the rest of this page »

901 KEADILAN UNTUK SIAPA…….?ANUAR ATAU SAIFUL?

20120109-094451.jpg

Keadilan untuk siapa? bakal diketahui beberapa jam lagi oleh semua rakyat Malaysia. Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Namun, beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

20120109-094750.jpg
pesanan daripada Amy search dalam twitternya

pelajar juga senang diperkudakan demi kepentingan individu

20120109-094805.jpg

20120109-094835.jpg
kehadiran penyokong 901

20120109-094912.jpg
Demi kepentingan individu

Ini bukan taman permainan kanak-kanak

20120109-094929.jpg

Apapun keputusan mahkamah nanti adalah keputusan institusi badan kehakiman yang professional. Oleh itu, jangan gugat sistem kehakiman negara dengan mengatakan berlaku konspirasi untuk menjatuhkan seseorang.

Apa yang rakyat perlu tahu?

20120103-231034.jpg

Sekadar tatapan rakyat.