TERPESONGKAH KITA?

Hampir genap setahun AU tidak menerbit artikel dalam blog kerana terlampau banyak untuk di “uthink”. Namun terdetik semula sempena Hari Pahlawan akhir Julai ini dan Ogos bulan kemerdekaan beserta Syawal bakal menjelma.

Timbul persoalan kerana apa perlu sambut Hari Pahlawan? Siapa Pahlawan dan Pejuang Tanah Air sebenarnya? Siapa atau pihak mana yang membuat perancangan semua ini? Cukup bahaya jika fakta perjuangan tanah air dimanipulasikan oleh pihak tertentu. Maka siapa dan agensi mana yang perlu menjelaskan kepada generasi baru mengenai pejuang tanah air sebenar secara terperinci. AU bukan menunding jari mencari kesalahan mana-mana pihak, tetapi tidakkah sekarang kita sudah merasai keharmonian yang kita kecapi hampir 56 tahun sudah mula dinodai?

8

Syawal menjelma dalam bulan kemerdekaan, kemeriahan Hari Raya disambut dengan penuh kecerian dan keamanan. Namun dalam tahun yang ke 56 kemerdekaan ini, AU terfikir sejauhmanakah kita semua menghayati kemerdekaan dan mempertahankan kemerdekaan ini? AU sudah melihat generasi kini mula keliru dengan sejarah-sejarah tanah air. Generasi kini lebih banyak merujuk daripada blog-blog yang belum tentu kesahihan faktanya, tanpa rujukan fakta dan kajian mereka mudah menerima seadanya walaupun realitinya semua itu adalah putar belit dan palsu sahaja.

Sempena Ramadhan yang bakal berakhir beberapa hari lagi, AU mengajak kita jalinkan ukhwah, kita perkuatkan tautan silaturrahim sesama muslim, kita akan semakin kuat bila bersatu sepertimana kita berada dalam satu “Shaf”. Cukup kuat dan hebat bila kita berada dalam satu kelompok dimasjid menunaikan solat dan mendengar khutbah di pagi Syawal tanpa mengira mana-mana fahaman politik .- Acu U Think?

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s