MAJLIS PEGUAM BERGEGAR LAGI

Pada 16 Mei lalu, peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mencipta nama bila beliau memfailkan saman terhadap Majlis Peguam mendakwa mesyuarat agung luarbiasanya pada 11 Mei tidak sah.Sekitar 10.45 pagi Jumaat beliau muncul lagi seorang diri di ibupejabat Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar Besar ,Kuala Lumpur.Ramai wartawan dan jurugambar yang mendapat maklumat mengenai hal itu sudah sedia menantinya di situ.

Kali ini untuk mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee di laman web rasmi Majlis Peguam pada Khamis 7 Jun mengenai pindaan yang dibuat keatas Enekmen Mufti dan Fatwa (Kedah darul Aman)2008 yang dilulus oleh Dewan Undangan Negeri Kedah April lalui.Pindaan berkenaan dibuat sebagai sebahagian dari usaha penambaikan system sedia ada selain memperkasakan pandangan jawatankuasa Fatwa dan Mufti. Lim mendakwa pindaan berkenaan bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa.

20120609-132905.jpg

Mohd Khairul yang merupakan ahli Majlis Peguam mempersoalkan siapa yang memberi kuasa kepada Presiden Majlis Peguam itu membuat kenyataan berkenaan mewakili 14,189 orang peguam di Malaysia.Beliau ingin tahu apakah itu kenyataan rasmi Majlis Peguam atau kenyataan peribadi.Mohd Khairul memberi tempoh seminggu kepada Lim menjawabnya jika tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.Serentak dengan itu beliau mengingatkan Lim agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mengambarkan mewakili seluruh 14,189 orang peguam di negara ini.

Beliau juga tidak mahu Presiden Majlis Peguam itu sewenang-wenangnya menyentuh perkara-perkara yang menjadi tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan dan isu sensitive terutama yang melibatkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan.Ditanya apakah beliau ada meminta pandangan para peguam lain sebelum bertindak mempertikaikan kenyataan Lim itu,Mohd Khairul menjelaskan ada yang menyokongnya da nada yang tidak.

Apapun katanya beliau tidak kisah terpaksa bertindak sendirian untuk mempersoalkan gelagat semborono bos-bos Majlis Peguam yang turut dianggotainya.Katanya ketika menyampaikan surat tuntutan tiga muka surat mengenai hal berkenaan,Lim tiada di pejabat.Menurutnya itu tidak jadi hal kerana beliau datang tanpa temujanji dan surat berkenaan boleh disampaikan oleh petugas di pejabat itu kemudian.Pokoknya beliau mahu Lim menjawab persoalan yang dibangkitkan.-agendadaily / U Think?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s