PAS “KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN” (bhgn 3)

Hasil daripada perhimpunan atau muktamar tersebut,maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi yang antaranya turut disertai oleh:

1.Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
2.Persatuan ulama dari Kedah.
3.Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
4.Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
5.Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
6.Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
7.Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

20120606-072338 PM.jpg

Parti Islam Semalaysia (PAS)
Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

  • PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
  • KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
  • KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
  • KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
  • Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allah Maha Besar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.

    Tujuan PAS ialah :
    Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
    Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

    Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.

    20120619-071221 PM.jpg

    Sijil akuan ahli PAS

    Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.

    Sehubungan itu, timbul pelbagai persoalan mengenai perjuangan pimpinan PAS hari ini dan pengikut-pengikut yang terlampau taksub tanpa melihat sejarah sebenar perjuangan mereka. – U Think?

    Advertisements

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s