PAS “KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN”(bhgn 2)

Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan
Ustaz Yunus Haji Yatimi. 20120602-150547.jpg
Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).

Ahmad Fuad seorang guru agama (Ustaz) yang berasal dari Terengganu. Beliau lepasan Maahad Ihya Assyariff, Gunung Semanggol dan menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO.Sebagai Pengerusi Badan Agama Umno, beliau tidak rela membenarkan aktiviti judi loteri dan funfair bagi mengutip dana. Ketika itu banyak kelab malam atau penari kaberat Melayu di bandar-bandar besar untuk mencari rezeki . Beliau mencadangkan menubuhkan kesatuan ulama bagi menyatukan seluruh pendapat ulama di Tanah Melayu. Tulisan beliau bertajuk “Ulama Malaya Belum Bersatu & Belum Mempunyai Organisasi” tersiar dalam lidah rasmi parti -‘Suara UMNO’.

20120602-151350.jpg

Ekoran itu, pada 15 Ogos 1951, Persidangan Ulama Tanah Melayu telah berjaya di adakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan tuntutan tersebut serta merangka Perlembagaannya. Seterusnya pada 24 November 1951, Persidangan Ulama Kali Ke-3 telah di adakan di Bangunan UMNO Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai, Pulau Pinang.Persidangan ini telah berjaya menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya dan seterusnya ditukarkan kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) atas persetujuan
20120602-151554.jpgTidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan – Pengerusi
Ustaz Haji Ahmad Maliki – Setiausaha
Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah – Anggota
Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah – Anggota
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Anggota
Tuan Haji Mansor J.P – Anggota
Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.

20120602-153030.jpg
Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan
Sehubungan dengan itu, adakah pimpinan PAS perlu menoleh semula kebelakang agar tidak terkeluar daripada landasan asal perjuangan sebenar mereka. – U Think?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s