Pas semakin terdesak!

20120312-215004.jpg

KOTA BHARU-Pas menolak dakwaan pihak tertentu mendakwa terdapat cubaan membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga untuk dilantik menjadi naib presiden parti itu.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, setakat ini tiada perbincangan membawa masuk Pengerusi Bersih 2.0 ke dalam Pas.Menurutnya, Pas tidak akan membuat keputusan secara berseorangan dan semua kata putus dicapai menerusi perbincangan di peringkat Pusat.

“Ini hanyalah spekulasi dan perubahan menstrukturkan dalam parti adalah menerusi mesyuarat, kita ada Majlis Syura dan penting sekali berdasarkan muktamar,” katanya ketika ditemui selepas menjadi ahli panel Forum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) “Peluang Selamatkan Malaysia” di Kelantan Trade Center, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berhubung cubaan pelantikan S Ambiga dalam sebuah akhbar tempatan, kelmarin.

20120312-222202.jpg

Dalam masa sama, Mohamad menyifatkan berita itu adalah rekaan semata-mata dan menegaskan sehingga kini tiada sesiapapun yang menyuarakan pandangan untuk mengambil orang bukan Islam jadi Naib Presiden Pas.- Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s