31 DISEMBER 2011 Occupy Dataran: “Violence for Anwar Ibrahim”

20111231-231848.jpg

Sempena sambutan tahun baru di Dataran Merdeka tahun ini bakal diubah kepada tragedi oleh golongan pembangkang yang menggelarkan mereka sebagai “Occupy Movement”. Mereka merancang untuk melakukan aksi dalam filem “V for Vendetta” di Dataran Merdeka semasa sambutan tersebut.

V for Vendetta ini pernah digunakan oleh perusuh di London untuk mencetuskan huru-hara dengan membakar kereta, rumah dan bangunan antara 6 hingga 10 Ogos 2011. Kesannya 5 lima terbunuh, 16 orang awam cedera dan 186 orang polis dicederakan.

Siapa yang untung kerana membela seorang pengedar dadah bernama Mark Duggan? Di negara ini, berbaloi rakyat membuat kerosakan awam, mencederakan orang yang tidak bersalah dan mencuri bank semata-mata untuk membebaskan seorang yang bersalah kerana kes moral?

Sejarah bermula pada 1604 di England bila “Gunpowder Plot” dirancang untuk meletupkan parlimen bagi mengulingkan kerajaan. Seorang lelaki bernama Guy Fawkes yang memakai topeng dikatakan merancang plot terbabit. Topeng yang dipakai oleh Guy Fawkes telah menjadi satu trend demonstrasi yang dicetuskan oleh kumpulan Occupy Movement.Occupy yang ditaja oleh satu kumpulan bernama Adbusters Media Foundation daripada Kanada.

20111231-232739.jpg

Kumpulan ini bakal menganggu kestabilan negara bila sambutan tahun baru di Dataran Merdeka. Tidak lain tidak bukan, ini adalah gerakan awal untuk memerdekakan Anwar Ibrahim dari kes liwat pada 9 Januari 2012 nanti.

Mereka sanggup menerima dana dari luar. Meniru budaya luar dan membuat tindakan “V (violence) for Anwar Ibrahim”. Rakyat perlu menolak gerakan untuk cetuskan kekacauan dan huru-hara di negara ini. Memusnahkan negara sendiri adalah layak digelar pengkhianat. Tidak bersyukurkah dengan kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi selama ini?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s