PELURU pencetus kontroversi pakatan

28 Disember 2011, Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan sebutir peluru, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak.

Sambil menggelar Nga sebagai “cina kurang ajar Yeop” dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi “tiga pilihan”, iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda. “Ini amaran dari orang Melayu – jangan kurang ajar,” bunyi surat tersebut,di mana peluru diletakkan dan dibalut dengan kertas tisu, petikan daripada blog malaysiakini.

20111229-002238.jpg

Peristiwa seumpama ini bukanlah kali pertama berlaku dalam pakatan pembangkang pada 09 September 2011, Mat Sabu yang mencetuskan kontroversi dengan mengatakan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan pernah menerima ugutan disimbah asid. Pihak yang bersuara membela bagi pihak Mat Sabu adalah DAP.

20111229-003036.jpg

Bulan seterusnya 29 Oktober 2011, Aziz Bari telah menerima peluru yang diposkan ke rumahnya di Gombak. Ayat yang ditulis “Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti”. Modus kata-kata tersebut jika dibaca sekali lalu adalah menunjukkan bahawa mereka yang tidak berpuas hati dengan Aziz Bari yang mengirimkannya. Itu analisis secara sepintas lalu. Namun insiden kirim peluru ini bukannya kali pertama berlaku.

20111229-002510.jpg

Tony Pua juga menerima ugutan peluru pada 26 Julai 2010. Tony Pua menerima ugutan tersebut setelah meminta kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah.

20 Februari 2009, Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah menerima satu ancaman peluru hidup. Anehnya peguam pakar Anwar Ibrahim tersebut terus menuduh UMNO sebagai pengirimnya. Isunya ketika itu adalah berkaitan dengan krisis di Perak.

20111229-002718.jpg

20111229-002923.jpg

Selain peluru, ada satu lagi bentuk ugutan yang diterima oleh ahli politik pembangkang iaitu bom petrol. 26 September 2008, rumah ibu bapa Teresa Kok telah menerima nota ugutan dan dibaling dengan bom petrol. Isunya ketika itu adalah berkaitan dengan kes laungan azan dan tulisan jawi.

Jika dibaca satu persatu kes ugutan surat peluru, bom petrol dan simbah asid di atas. Ianya berlaku pada pengakhiran sesuatu isu yang membuatkan pelbagai pihak marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik pembangkang terbabit. Selepas ugutan tersebut, maka isu tersebut akan mula dilupakan. Pihak lawan terus dituduh sebagai pembuat ugutan tersebut.

Apakah ini adalah teknik atau taktik untuk menagih simpati rakyat? Atau ini adalah teknik untuk menamatkan sesuatu isu daripada dibincangkan lagi. Jika benar ini adalah sebahagian teknik psywar yang digunakan, maka ianya adalah satu ancaman keselamatan yang serius. Hinggakan ke universiti pun peluru simpati hendak dimainkan. Perkara sebegini perlu dihentikan. U think?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s