Persoal Wasatiyyah

Tindakan pembangkang mempersoalkan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jelas membuktikan mereka sudah ketandusan idea.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia juga menunjukkan pembangkang semakin gusar dan bimbang dengan pelbagai pembaharuan kerajaan yang dilihat mampu menjejaskan pengaruh mereka.

“Itu (personal) mereka tiada idea. Kita (kerajaan) banyak idea ke depan. Mereka (pembangkang) tak keluarkan apa idea pun. Buku Jingga? Itu bukan idea. Kita keluarkan gagasan-gagasan besar dan ilham yang baik untuk rakyat.

“Tiada pula kita mendengar gagasan-gagasan besar yang diilhamkan pembangkang untuk negara. Negara Berkebajikan? Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pun sudah kerajaan wujudkan sejak 1950-an lagi. Inilah pembangkang yang tak keluarkan apa-apa idea pun,” katanya ketika ditemui pada program Jom Chat Bersama…di Ibu Pejabat Utusan Melayu disini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempersoalkan tindakan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah disamping kemampuan kerajaan melaksanakan konsep itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, konsep wasatiyyah adalah gerakan global dan ia diperkenalkan bukan disebabkan oleh populariti gagasan 1Malaysia yang didakwa pembangkang semakin menurun.

“Dakwaan itu tidak benar kerana wasatiyyah adalah gerakan global. Kalau pembangkang, untuk global lagilah mereka tiada ilham,” tegasnya.

Acu berkata: Pembangkang apa idea mereka ada? Hanya berceramah maki hamun orang, memfitnah,  buat tohmahan dan tuduhan bolehlah. Kerajaan BN sudah banyak idea diketengahkan sehingga pembangkang rasa kurang senang. Macamana nak bagi pembangkang perintah kalau mereka sendiri ketandusan idea untuk negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s