Mahkamah Dapati Suara Keadilan Fitnah Zambry

Mahkamah Tinggi disini mendapati perkataan dalam satu artikel yang disiarkan oleh Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat mengenai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir membawa maksud fitnah.

Hakim, Datuk Hue Siew Kheng memutuskan demikian di kamar beliau hari ini dengan dihadiri oleh peguam Datuk Fairoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Zambry selaku plaintif dan peguam Jamie Wong yang mewakili PKR, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah serta tiga pihak lain.

Pada 22 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan tiga perkataan lain dalam artikel yang sama turut membawa maksud fitnah selepas defendan mengakui bahawa perkataan-perkataan tersebut adalah palsu dan tidak berasas.

Firoz Hussein yang ditemui pemberita berkata, mahkamah memutuskan supaya taksiran ganti rugi dibuat dihadapan Timbalan Pendaftar, namun tiada tarikh ditetapkan.

Pada 25 Februari tahun lepas, Zambry memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn. Bhd. dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn. Bhd.

“Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata, artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Dis 2009, 5 Januari 2010, bertajuk Zambry Disyaki Pengganas – Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat mengandungi perkataan berunsur fitnah dan palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.

“Katanya beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah dibenarkan ke Negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Zambry berkata, lawatannya ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah meyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Menteri Besar Perak itu berkata, perkataan berunsur fitnah tersebut telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Acu berkata: Siapa kata hanya media kerajaan yang suka buat fitnah? Sudah bukti media pembangkang juga suka membuat fitnah. Ini bukan kali pertama media pembangkang melontarkan fitnah. Harakah, Roket dan juga lain2 media pembangkang telah banyak membuat fitnah dan tohmahan yang bukan2 terhadap kerajaan, UMNO dan BN.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s