Fahami Maksud Sebenar Hudud

Pas perlu memahami maksud sebenar bagi mengelakkan tafsiran mereka mengenai hukum itu berlainan daripada yang disebut dalam al-Quran dan sunnah.

Felo Pusat Kajian Islam Oxford (OCIS) Universiti Oxford, Prof Madya, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, orang Islam pada dasarnya memang tidak boleh menafikan hukum-hakam yang disebutkan dalam al-Quran, tetapi harus diketahui bahawa terdapat batas-batas dalam mentafsirkannya.

Ini kerana, katanya, apabila manusia mentafsir hukum-hakam dalam al-Quran, dikhuatiri tidak sama dengan maksud yang terkandung dalam kitab suci itu.

“Sebagai contoh, hudud yang dilaksanakan di Pakistan dan Somalia telah mengundang banyak kritikan daripada pelbagai pihak. Ia bukan disebabkan menolak al-Quran dan sunnah tetapi menolak tafsiran hudud yang dibuat oleh mereka yang tidak sesuai dilaksanakan pada zaman ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya semalam mengenai doktrin yang ditanam oleh Pas telah menyebabkan masyarakat awam termasuk orang bukan Islam sering mengaitkan hukum Islam dengan pelaksanaan hukum hudud sedangkan ia turut mengandungi hukum takzir dan qisas.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, jika mahu hudud dilaksanakan di negara ini, semua pihak termasuk Pas perlu membuat forum terbuka bagi memberi pemahaman sebenar tentang hudud kepada masyarakat.

“Forum tersebut perlu memperkatakan tentang ajaran Islam yang menyeluruh supaya masyarakat benar-benar faham apa itu hudud kerana hukum itu termasuk dalam bahagian agama. Selain itu, orang bukan Islam juga perlu diberi pendedahan tentang tujuan sebenar pelaksaan hudud. Kita tidak mahu mereka kata hudud adalah sesuatu yang kejam,” katanya.

Acu berkata: Hanya orang yang tak faham apa itu hudud sahaja yang suka buat tuduhan atas penolakan hudud. Pas hanya nak meraih sokongan rakyat jadi hudud itu sebagai gimik politik…tak ikhlas. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat….itu banyak daripada kita lupa. Rasulullah juga cuba mengelak dari menghukum dengan hukuman hudud.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s