Masyarakat India Dilayan Sebagai Boneka.?

Masyarakat India hanya dijadikan sebagai patung boneka oleh kerajaan pakatan rakyat apabila mereka terus meminggirkan golongan majority ketiga tertingg itu.

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R.S Thanenthiran berkata, pemberian tanah untuk pembinaan kuil dan sekolah jenis kebangsaan (Tamil) di negeri ‘jajahan’ mereka itu hanyalah gimik politik untuk menutup mulut golongan masyarakat India.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk S. Nallakaruppan bahawa masyarakat India dikhianati oleh pembangkang sedangkan undi mereka pada pilihan raya umum lalu menyumbang kepada kemenangan besar pembangkang di 81 kerusi Parlimen dan merampas empat kerajaan negeri.

Thanenthiran juga mempertikai bilangan masyarakat India yang memegang jawatan tertinggi dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) negeri pembangkang itu.

Pandangan beliau turut disokong oleh Bendahari Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia, G. Pramasivan yang berkata, segala janji-janji parti pembangkang termasuk melibatkan isu-isu sekolah Tamil, masalah tanah dan kuil masih belum diselesaikan lagi meski pun mereka telah memerintah lebih tiga tahun.

“Walaupun bilangan masyarakat India sikit, tetapi mereka tidak seharusnya lupa bahawa jumlah yang sedikit itu bakal mengubah keputusan,” ujarnya.

Sementaraitu, bekas Setiausaha Majlis Kelab Bell Belia Tamil Melaka, N. Ganesan pula berkata, kehadiran parti pembangkang hanyalah untuk memecahkan kaum India.

Ini kerana katanya, jika dilihat pada pilihan raya umum yang lepas, mereka sengaja meletakkan calon India ditempat calon India Barisan Nasional dipertandingkan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s