Pas Kelantan Duk Sibuk Pilih Calon, Kerajaan Tiga Beranak

Secara kasarnya Pas Kelantan dilihat bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Namun siapa ‘sangka air yang tenang tiada buaya’. Nik Amar yang sebelum ini tengah tidur lena pun terjaga kembali kerana katanya kerja-kerja lobi sedang giat dijalankan oleh pihak tertentu.

Maksudnya kedudukan Nik Amar untuk menjadi Menteri Besar masih tidak menentu kerana berita terbaru daripada dalam Pas, Husam Musa kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor.

Katanya, berita bahawa Nik Amar menjadi MB itu hanya pancing kerana Husam tetap pilihan no wahid (satu) Nik Aziz.

Tetapi paling menarik akan wujud kerajaan anak beranak, Abduh akan masuk bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Begitu juga dengan menantu merangkap engineer terhebat di Kelate, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman juga dikhabarkan akan turut ke gelanggang.

Pada masa yang sama beberapa tempat lain masih tidak menentu terutama di Pasir Puteh. Kawasan itu hanya menunggu masa untuk masuk ke dalam tangan UMNO.

Pas Pasir Puteh amat bermasalah, konflik dalamannya tidak pernah selesai. Dr. Nik Mazian bertelagah dengan Ahli Parlimen yang juga dari Pas.

Kalau perbalahan dan masalah ini tidak selesai juga Nik Abdul Aziz mungkin tidak akan turun takhta. Ancaman terhadap Pas amat kuat, isu tempatan semua menyebelahi UMNO.

Culaan terkini yang dilakukan oleh banyak pihak mendapati BN akan mendapat sekurang-kurangnya 17 sehingga 20 kerusi DUN. Momentum untuk menambah kerusi semakin kuat sekarang tetapi terpulang kepada pemimpin UMNO untuk mengerakkannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s