Ustaz Penceramah PAS Sesat Dan Kufur

Penceramah PAS, kontroversi “Ustaz Budak” yang menyamakan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi diminta menarik balik perkataan itu jika beliau benar-benar seorang yang baik hati.

Bekas pengawal keselamatan pondok-pondok Kelantan, Saidi Hussin berkata penceramah itu, Shamsul Zaman Sukri, tidak wajar menyamakannya sebab nabi seorang  yang maksum (tiada dosa).

“Sedangkan Nik Aziz seorang manusia biasa yang sudah tentu mempunyai banyak dosa,” katanya.

Beliau berkata sebagai mengulas sebuah portal “detikaperubahan.com” antara lain mendedahkan rakaman video yang menujukkan Shamsul telah menyamakan Nik Aziz dengan nabi berasaskan hadis “ulamak pewaris nabi”.

“Saidi berkata nabi dapat memerintahkan tanah arab dengan aman dan selamat sedangkan Nik Aziz yang memerentah Kelantan lebih 21 tahun pelbagai masalah yang timbul sehingga berlaku perpecahan sesama umat Islam.

Beliau berharap pihak pentadbiran negeri Kelantan dapat menunaikan solat istiqarah untuk memohon petunjuk dari Allah supaya dapat memberi nasihat kepada penceramah berkenaan dan menarik balik untuk meredakan kemarahan umat Islam di Kelantan sekarang.

Saidi juga berharap penyokong-penyokong Pas yang fanatik dengan memuja-muja pemimpin agar tidak lagi melakukan perbuatan itu pada masa hadapan.

“Ingatlah ulamak terkenal Imam Ghazali sendiri tiada mana- mana pihak yang menyamakan sesiapa dengan nabi apatah lagi Nik Aziz seorang awam dan seorang politik,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s