Perihal Wakil Rakyat Yang Digemari

KATALAH apa pun; sudah lanjut usia, kurang cergas atau sudah terlalu lama pegang jawatan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan keputusannya.
Beberapa pemimpin jauh lebih muda daripada beliau, termasuk ketiga-tiga naib presiden Umno, sudah menyatakan kesediaan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika dikehendaki demikian, tetapi Nik Abdul Aziz, walaupun sudah mencecah 80 tahun, dengan lantang mengisytiharkan beliau tetap akan bertanding lagi dalam PRU akan datang.
“Insya-Allah saya akan bertanding kerana saya mahu lawan Umno. Saya tidak kisah orang hendak sebut apa pun dalam perhimpunan agung Umno,” katanya.
Dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini, Tok Guru itu dikritik sakan kerana belum menunjukkan tanda-tanda hendak melepaskan kerusi Menteri Besar kepada pemimpin pelapis yang lebih muda.
“Beberapa perwakilan Umno berang kerana dahulu, pihak pembangkang buat bising kerana kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu lama menjadi Perdana Menteri tetapi tidak mahu turun turun. Begitu juga dengan pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang dikritik kerana tidak suka dengan stail pentadbirannya.
“Mereka sudah lepaskan jawatan, tapi Nik Abdul Aziz masih mahu terus memimpin Kelantan setelah 21 tahun mentadbir negeri itu. Hakikat di sebalik keengganan Tok Guru berundur tidak susah difahami. Beliau yakin beliau adalah winnable candidate.
Winnable candidates menjadi sebutan sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri 30 bulan lalu. Bagi sesetengah orang ia ada perkataan keramat, namun bagi sesetengah pula, ia mencetuskan igauan. Dengan tanda-tanda PRU13 mungkin diadakan pada bila-bila masa, winnable candidates disebut lebih rancak dan ramai memperakukan antara prinsip yang wajib ada kepada seseorang wakil rakyat ialah amanah dan kredibiliti.
“Najib sendiri, dalam menggariskan ciri-ciri winnable candidates, berkata, kesediaan untuk berkhidmat dengan cemerlang tanpa mementingkan diri sendiri adalah antara asas utama dalam menentukan kemenangan parti dan penerimaan rakyat.
Mudah disebut, mudah difahami, tetapi apakah mudah diamalkan secara berkesan? Tidak mudah bagi mereka yang sudah memegang jawatan hendak mengosongkan kerusi begitu sahaja. Kalau ada pun barangkali boleh dikira.
“Apakah setiap yang berundur itu perlu ditawarkan dengan ganti rugi supaya dia pandai membawa diri, tanpa menimbulkan masalah kepada parti atau calon baru? Dalam masyarakat seperti di Malaysia, soal menjaga air muka amat penting. Menggugurkan seseorang tanpa memberinya sesuatu sebagai ganti adalah seperti satu tamparan.
Apa pun, bagi pengundi, ciri-ciri wakil rakyat mestilah yang boleh diterima, yang bukan sahaja seperti Khalid ibni Walid, yang sanggup terus berjuang di bawah panji-panji Islam walaupun jawatannya sebagai kepala perang digugurkan, atau Usamah bin Zaid yang sanggup memimpin pasukan perang walaupun masih muda.
“Barangkali mereka mahu wakil rakyat, kalau boleh, menjadi seperti Khalifah Osman ibni Affan, yang memberi sepertiga daripada hartanya untuk Islam, atau seperti Khalifah Omar al-Khattab yang memberi separuh daripada hartanya atau Khalifah Abu Bakar al-Siddiq yang mengorbankan seluruh hartanya pada jalan ALLAH.
Pengundi tidak mahu wakil rakyat, yang ketika diperkenalkan sebagai calon atau ketika baru menang pilihan raya, nampak sederhana, amanah, komited dan senang didekati, tetapi tidak lama lepas menjadi Yang Berhormat sudah mula nampak hidup mewah bukan-bukan dan bersikap sombong.
“Mereka juga tidak mahu wakil rakyat yang terlalu dikongkong oleh protokol dan dikelilingi pengampu, isteri atau anak-anak yang ibarat ‘sokong membawa rebah’. Apa gunanya menjadi wakil rakyat yang banyak wang, harta dan jawatan, tetapi dicemoh dan disisih orang?
“Wakil rakyat patut selesa bergaul dengan masyarakat, tidur rumah ketua kampung, solat subuh dan makan bersama penduduk, bukan sewa bilik hotel, walaupun hanya sekadar hendak mandi dan tukar pakaian.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s