Pas Dan Joget: ‘SAYA DATANG, DIA LARI’

Pada 1969, Pas memecat Ahli Parlimennya, Hashim Gera kerana berjoget di Parlimen. Tetapi pada hari ini, apakah Pas berani mengambil tindakan yang sama jika ada ahlinya melakukan perbuatan serupa?

Ketika itu Pas amat rigid dalam soal agama. Didepan Jawatankuasa Disiplin, Hashim memberitahu ulama Pas, joget adalah tarian bersih. “Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang, saya lari”. Bagaimanapun Pas menolak penjelasan Hashim itu dan tetap dipecat.

“Kini fahaman pemimpin Pas terhadap makna joget sudah berubah. Kalau UMNO datang Pas lari, kalau DAP datang Pas tidak lari. Pas sanggup bersentuhan dan berpeluk cium dengan DAP. Sebab itu ada kebenarannya apabila Timbalan Presiden UMNO mendakwa Pas tidak mungkin ganti UMNO, tetapi DAP mungkin ganti Pas.

“Pas semakin liberal dalam banyak hal mengenai hukum agama. Apabila Mat Sabu didakwa atas tuduhan berkhalwat, Pas tuduh ia adalah konspirasi UMNO. Dalam kes video seks Anwar, Haji Hadi berdalih pula, ‘besi tidak boleh jadi saksi’.

Semua jawapan itu adalah jawapan nafsu akal. Sebab itu dalam kes gambar bogel Elizabeth Wong, Pas paling kuat membelanya. Hujah Pas, berdosa hukumnya apabila mengaibkan peribadi seseorang. Tetapi jika berkaitan dengan orang UMNO, mereka akan telanjang habis habisan walau pun ia adalah fitnah. Perkara yang makruf pun mereka sanggup putar belit, contohnya memfitnah ibadat haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib baru-baru ini.

“Pas pengecut bila berdepan dengan DAP. Itu puncanya dia menjadi liberal, Pas sanggup korbankan orangnya sendiri demi menjaga hati DAP.

Dr. Hassan Ali ialah mangsa joget terbaharu ini. Beliau disisih kerana berbeza pandangan dalam soal rampasan arak dan isu memurtadkan orang Islam di Gereja Methodist Damansara Utama. Dalam isu negara Kristian, Pas bacul dan mendiamkan diri. Siasat pun tidak, komen pun tidak, bagi amaran lagi tidak berani.

“Hakikatnya, sikap Pas sudah terbalik, Pas melanggar fatwa lama Haji Hadi, ‘politik suku agama suku‘, iaitu agama dan politik tidak boleh bercampur aduk.

Kenapa Pas tidak berani menyertai ’Himpunan Sejuta Umat‘ walaupun ia dianjurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO)? Himpunan itu bertujuan menyedarkan umat lslam tentang bahaya gejala murtad. Pas mahu menjaga hati DAP, walaupun tindak-tanduk DAP sering menyakitkan hati orang Islam.

Keputusan DAP untuk meletakkan calon Melayu berkelulusan agama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 mewajarkan keyakinan kita bahawa DAP mungkin mengambil alih peranan Pas. Kejayaan Mat Sabu menumbangkan Nasaruddin bagi jawatan Timbalan Presiden Pas membuktikan golongan agama dan ulama semakin tersisih dalam Pas.

“Pokoknya, Pas tidak akan dapat mengganti UMNO, kerana Pas didokong oleh ahli yang taksub pada pemimpin bukan perjuangan. Sedangkan UMNO parti yang didokong oleh ‘orang UMNO‘.

Menurut Presiden parti, satu dari pada cirri penting orang UMNO ialah dia cinta dan kasih pada perjuangan. Perjuangan mendarah dan mendaging pada dirinya. UMNO bermula kerana perjuangan. Terus hidup kerana perjuangan. Itulah UMNO, iaitu UMNO-Perjuangan.

Acu Berkata: Pas bukan parti Islam seperti yang difikirkan oleh penyokong-penyokongnya. Pas sanggup memutar belit fatwa dan sejarah demi kepentingan politik. Ahli-ahli dan penyokong-penyokong menjadi terlalu taksub disebabkan pemimpin-pemimpinnya dapat meracuni fikiran mereka dengan hasutan, pembohongan dan memfitnah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s