Dong Zong kembali menonjolkan diri pada penghujung penggal pilihanraya. Sememangnya itulah yang dilakukan oleh Dong Zong. Berasakan mereka adalah kuasa sebenar masyarakat pengundi Cina, Dong Zong, apatah lagi dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi tulang belakang negara ini asyik bertelagah dalam mengekalkan kuasa pemerintahan, Dong Zong melihat ruang yang sangat besar untuk menjadi batu api.Tuntutan terbaru Dong Zong adalah menyamaratakan Bahasa Mandarin dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia!
Sekaligus, Dong Zong secara terang-terangan memberikan isyarat bahawa mereka dan DAP adalah satu. Perjuangan mereka adalah sama. Kehendak mereka juga adalah sama. Ketuanan Cina di Malaysia perlu diperkukuhkan dan Malaysia akhirnya perlu ditukar segala-galanya.
Itu perjuangan Dong Zong yang berselindung di sebalik institusi pendidikan vernakular.
DAP pada awal-awal kewujudannya sehinggalah tercetusnya tragedi 13 Mei 1969, memaksa kerajaan Malaysia menerimapakai Cina sebagai kuasa penjajahan menggantikan British. Secara terselindung, mereka telah berjaya melakukannya. Sekolah-sekolah vernakular telah terbina dengan banyaknya dan walaupun bukan atas nama sekolah baru, sebaliknya atas nama ‘CAWANGAN’ atau ‘SEKOLAH FRANCISE’ namun matlamat sebenar perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia sepertimana yang dipersetujui ketika JUS SOLI diberikan kepada pendatang dari India dan China, tidak lagi dipedulikan!
Kuasa itulah yang membuatkan sekolah-sekolah vernakular, akhirnya bertukar menjadi Sekolah Jenis Kebangsaan. Kuasa itu jugalah yang membuatkan sekolah-sekolah vernakular, menerima bantuan daripada kerajaan. Dan kuasa-kuasa itu jugalah yang meletakkan sekolah-sekolah vernakular menjadi sangat penting, sepenting sekolah-sekolah kebangsaan.
Puncanya…. UNDI MASYARAKAT CINA dan sikap pemimpin-pemimpin Melayu-Bumiputera yang terlalu berlembut dan takut menyakiti hati masyarakat tetamu di Malaysia.
Anehnya, masyarakat Bumiputera, tidak pula menuntut kewujudan sekolah-sekolah vernakular aliran mereka. Masyarakat Iban tidak menuntut sekolah-sekolah vernakular Iban. Masyarakat Kadazan, tidak menuntut sekolah-sekolah vernakular Kadazan. Masyarakat Jawa tidak menuntut sekolah-sekolah vernakular Jawa… dan sebagainya….
Dari tahun 1955, iaitu ketika JUS SOLI membolehkan masyarakat tetamu dan pendatang menjadi warganegara Malaysia dengan hak-hak yang terjamin dan lebih penting lagi ialah hak mengundi yang sama taraf dengan masyarakat Bumiputera, biarpun terdapat segelintir kecil yang mampu berbahasa Melayu, kebanyakan daripada mereka, mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang sangat lemah.
Secara tidak langsung, sebenarnya masyarakat pendatang dan tetamu ini sebenarnya tidak berminat langsung untuk menjadi warganegara Malaysia, kecuali mereka hanya berminat dengan harta benda yang berjaya mereka kumpulkan di negara ini, dan kemudian tersangat bimbang sekiranya Melayu-Bumiputera akan merampas harta benda berkenaan seperti yang dilakukan di negara-negara lain seperti Indonesia, Fiji dan sebagainya.
Pada ketika masyarakat Cina di Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam berjaya berasimilasi dengan masyarakat setempat biarpun jumlah mereka lebih ramai berbanding di Malaysia, masyarakat Cina Malaysia pula tersangat megah dengan apa yang mereka ada dan sentiasa cuba berlagak untuk menjadi TUAN PENJAJAH yang sebenar.
Tuntutan terbaru Dong Zong, mengesahkannya!
Read the rest of this page »