WAJARKAH MEREKA BERKATA DEMIKIAN?
Seringkali kita dengar perumpamaan “kacang lupakan kulit” inilah hakikat yang perlu “ditelan” walaupun pahit! Jutaan ringgit wang dibelanjakan untuk memastikan pencapaian pendidikan negara setanding dengan negara maju. Selain daripada itu, negara bakal menghasilkan produk mahasiswa berdaya saing dan berwibawa.
Namun, akhir-akhir ini mahasiswa mula “hilang akal” akibat campurtangan pihak yang tak bertanggungjawab yang mula melibatkan mahasiswa kekancah politik! Mahasiswa harus sedar bahawa mereka memegang amanah yang penting terutama harapan yang tinggi daripada ibubapa. Oleh itu, bersama kita renungkan beberapa pandangan dan pendapat daripada facebook serta blog pelajar yang telah “ditaja” untuk belajar keluar negara.
Timbul persoalan, adakah dengan menghadiri beberapa hari kursus bagi memenuhi syarat sebagai “tiket” keluar negara, mahasiswa sanggup menjadi orang MUNAFIQ? Rasanya tak perlu habiskan jutaan ringgit untuk adakah kursus seumpama ini – U Think?

















