Nadi kebenaran,berfikir,berfikir dan berfikir

Latest

TERPESONGKAH KITA?

Hampir genap setahun AU tidak menerbit artikel dalam blog kerana terlampau banyak untuk di “uthink”. Namun terdetik semula sempena Hari Pahlawan akhir Julai ini dan Ogos bulan kemerdekaan beserta Syawal bakal menjelma.

Timbul persoalan kerana apa perlu sambut Hari Pahlawan? Siapa Pahlawan dan Pejuang Tanah Air sebenarnya? Siapa atau pihak mana yang membuat perancangan semua ini? Cukup bahaya jika fakta perjuangan tanah air dimanipulasikan oleh pihak tertentu. Maka siapa dan agensi mana yang perlu menjelaskan kepada generasi baru mengenai pejuang tanah air sebenar secara terperinci. AU bukan menunding jari mencari kesalahan mana-mana pihak, tetapi tidakkah sekarang kita sudah merasai keharmonian yang kita kecapi hampir 56 tahun sudah mula dinodai?

8

Syawal menjelma dalam bulan kemerdekaan, kemeriahan Hari Raya disambut dengan penuh kecerian dan keamanan. Namun dalam tahun yang ke 56 kemerdekaan ini, AU terfikir sejauhmanakah kita semua menghayati kemerdekaan dan mempertahankan kemerdekaan ini? AU sudah melihat generasi kini mula keliru dengan sejarah-sejarah tanah air. Generasi kini lebih banyak merujuk daripada blog-blog yang belum tentu kesahihan faktanya, tanpa rujukan fakta dan kajian mereka mudah menerima seadanya walaupun realitinya semua itu adalah putar belit dan palsu sahaja.

Sempena Ramadhan yang bakal berakhir beberapa hari lagi, AU mengajak kita jalinkan ukhwah, kita perkuatkan tautan silaturrahim sesama muslim, kita akan semakin kuat bila bersatu sepertimana kita berada dalam satu “Shaf”. Cukup kuat dan hebat bila kita berada dalam satu kelompok dimasjid menunaikan solat dan mendengar khutbah di pagi Syawal tanpa mengira mana-mana fahaman politik .- Acu U Think?

WAJARKAH MEREKA BERKATA DEMIKIAN?

Seringkali kita dengar perumpamaan “kacang lupakan kulit” inilah hakikat yang perlu “ditelan” walaupun pahit! Jutaan ringgit wang dibelanjakan untuk memastikan pencapaian pendidikan negara setanding dengan negara maju. Selain daripada itu, negara bakal menghasilkan produk mahasiswa berdaya saing dan berwibawa.

Namun, akhir-akhir ini mahasiswa mula “hilang akal” akibat campurtangan pihak yang tak bertanggungjawab yang mula melibatkan mahasiswa kekancah politik! Mahasiswa harus sedar bahawa mereka memegang amanah yang penting terutama harapan yang tinggi daripada ibubapa. Oleh itu, bersama kita renungkan beberapa pandangan dan pendapat daripada facebook serta blog pelajar yang telah “ditaja” untuk belajar keluar negara.

20120803-105906.jpg

20120803-105932.jpg

20120803-110010.jpg

20120803-110021.jpg

20120803-110039.jpg
Read the rest of this page »

EKSTREMIS DONG ZHONG SEMAKIN MELAMPAU DENGAN AGENDA KECINAANNYA

20120711-170601.jpg

Sebagai negara yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, tentulah bukan sesuatu yang pelik,dan jauh sekali satu kesalahan jika majoriti rakyat hanya fasih kedua-dua bahasa ini sahaja. Walaupun kaum Cina dan India mewakili kaum yang kedua dan ketiga ramai di Malaysia, Bahasa Mandarin ataupun Tamil tidak pernah dinobatkan sebagai sama taraf dengan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Kedua.

Ini adalah amalan biasa bagi mana-mana negara yang bermasyarakat majmuk agar negara dapat mencapai matlamat perpaduan yang jitu. Berdasarkan hakikat ini, maka memenuhi kehendak ektremis Dong Zhong agar semua guru-guru yang dihantar ke sekolah Cina wajib fasih berbahasa Mandarin tentulah sukar dipenuhi. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kaum Cina sendiri kurang berminat menjadi guru dan begitu sedikit sekali yang menghantar permohonan untuk menjadi guru.

Justeru, bagi memastikan anak-anak Cina tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran Malaysia, guru-guru yang tidak fasih atau tidak tahu berbahasa Mandarin terpaksa juga dihantar ke sekolah Cina untuk mengajar beberapa matapelajaran lain, terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu. Namun, sudah menjadi kelaziman mana-mana ektremis seperti Dong Zhong untuk tidak dapat berfikir secara rasional dan enggan menerima penjelasan yang diberikan kerajaan. Sebaliknya mereka mengambil sikap degil dan keras kepala inginkan tuntutan mereka dipenuhi walaupun ianya mustahil.

Oleh yang demikian, inilah disarankan agar kerajaan membenarkan Dong Zhong membuang sahaja semua guru-guru di sekolah Cina yang tidak boleh berbahasa Mandarin dan tidak perlulah membekalkan guru-guru Bahasa Melayu kepada mereka lagi selepas ini. Biar mereka memaksimakan masa pengajaran beberapa kerat guru-guru yang fasih berbahasa Mandarin yang ada dalam negara bagi memenuhi keperluan pengajaran semua matapelajaran di sekolah-sekolah mereka.

20120711-171109.jpg
Wasiat keenam drp 7 Wasiat Raja Melayu

Jika perlu, mungkin mereka perlu menimbangkan kemungkinan seorang guru perlu mengajar di dua atau tiga buah sekolah. Dan kemudian, kita lihat sahaja bagaimana anak-anak mereka akan membawa diri di Malaysia setelah tamat sekolah kelak. Bagaimana mereka berurusan dengan pelanggan Melayu, pekerja Melayu, kerajaan, pihak berkuasa seperti polis, imigresen dan sebagainya terutama apabila mereka menghadapi kesulitan.

Mungkin Dong Zhong terlalu yakin yang mereka boleh hidup dalam dunia terasing mereka sendiri, membawa aspirasi negara asal nenek moyang mereka dan tidak mengambil bahagian langsung dalam pembentukan Bangsa Malaysia. Hari ini, bukan sedikit warga Cina Malaysia yang tidak fasih berbahasa kebangsaan mahupun bahasa Inggeris. Lihat sahaja bagaimana begitu banyak perniagaan kaum ini yang meletakkan iklan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang hancur lebur.
Read the rest of this page »

“INGATAN KEPADA DONG ZHONG”-Jangan cemari 7 wasiat raja-raja melayu

Dong Zong kembali menonjolkan diri pada penghujung penggal pilihanraya. Sememangnya itulah yang dilakukan oleh Dong Zong. Berasakan mereka adalah kuasa sebenar masyarakat pengundi Cina, Dong Zong, apatah lagi dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi tulang belakang negara ini asyik bertelagah dalam mengekalkan kuasa pemerintahan, Dong Zong melihat ruang yang sangat besar untuk menjadi batu api.Tuntutan terbaru Dong Zong adalah menyamaratakan Bahasa Mandarin dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia!

Sekaligus, Dong Zong secara terang-terangan memberikan isyarat bahawa mereka dan DAP adalah satu. Perjuangan mereka adalah sama. Kehendak mereka juga adalah sama. Ketuanan Cina di Malaysia perlu diperkukuhkan dan Malaysia akhirnya perlu ditukar segala-galanya.

Itu perjuangan Dong Zong yang berselindung di sebalik institusi pendidikan vernakular.

DAP pada awal-awal kewujudannya sehinggalah tercetusnya tragedi 13 Mei 1969, memaksa kerajaan Malaysia menerimapakai Cina sebagai kuasa penjajahan menggantikan British. Secara terselindung, mereka telah berjaya melakukannya. Sekolah-sekolah vernakular telah terbina dengan banyaknya dan walaupun bukan atas nama sekolah baru, sebaliknya atas nama ‘CAWANGAN’ atau ‘SEKOLAH FRANCISE’ namun matlamat sebenar perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia sepertimana yang dipersetujui ketika JUS SOLI diberikan kepada pendatang dari India dan China, tidak lagi dipedulikan!

Kuasa itulah yang membuatkan sekolah-sekolah vernakular, akhirnya bertukar menjadi Sekolah Jenis Kebangsaan. Kuasa itu jugalah yang membuatkan sekolah-sekolah vernakular, menerima bantuan daripada kerajaan. Dan kuasa-kuasa itu jugalah yang meletakkan sekolah-sekolah vernakular menjadi sangat penting, sepenting sekolah-sekolah kebangsaan.

Puncanya…. UNDI MASYARAKAT CINA dan sikap pemimpin-pemimpin Melayu-Bumiputera yang terlalu berlembut dan takut menyakiti hati masyarakat tetamu di Malaysia.

Anehnya, masyarakat Bumiputera, tidak pula menuntut kewujudan sekolah-sekolah vernakular aliran mereka. Masyarakat Iban tidak menuntut sekolah-sekolah vernakular Iban. Masyarakat Kadazan, tidak menuntut sekolah-sekolah vernakular Kadazan. Masyarakat Jawa tidak menuntut sekolah-sekolah vernakular Jawa… dan sebagainya….

Dari tahun 1955, iaitu ketika JUS SOLI membolehkan masyarakat tetamu dan pendatang menjadi warganegara Malaysia dengan hak-hak yang terjamin dan lebih penting lagi ialah hak mengundi yang sama taraf dengan masyarakat Bumiputera, biarpun terdapat segelintir kecil yang mampu berbahasa Melayu, kebanyakan daripada mereka, mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang sangat lemah.

Secara tidak langsung, sebenarnya masyarakat pendatang dan tetamu ini sebenarnya tidak berminat langsung untuk menjadi warganegara Malaysia, kecuali mereka hanya berminat dengan harta benda yang berjaya mereka kumpulkan di negara ini, dan kemudian tersangat bimbang sekiranya Melayu-Bumiputera akan merampas harta benda berkenaan seperti yang dilakukan di negara-negara lain seperti Indonesia, Fiji dan sebagainya.

Pada ketika masyarakat Cina di Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam berjaya berasimilasi dengan masyarakat setempat biarpun jumlah mereka lebih ramai berbanding di Malaysia, masyarakat Cina Malaysia pula tersangat megah dengan apa yang mereka ada dan sentiasa cuba berlagak untuk menjadi TUAN PENJAJAH yang sebenar.

Tuntutan terbaru Dong Zong, mengesahkannya!
Read the rest of this page »

PAS “KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN” (bhgn 4)

20120608-200126.jpg

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang).

Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu:
kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956)
kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969)
kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982)
kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang).

Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu : tahap kemunculan (1951-1959)
tahap kebangkitan (1959-1973)
tahap kemuncak (1973-1977)
tahap kejatuhan (1977-1990)
tahap kebangkitan semula (1990-sekarang).

Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu :
fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958)
fasa pencernaan ideologi (1958-1982)
fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)

Perikatan / Barisan Nasional
Setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN. PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan.

20120609-121158.jpg
Walaubagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

Angkatan Perpaduan Ummah / Gagasan Rakyat
PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dibawah slogan “Kepimpinan Ulama”.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan.

20120609-121316.jpg
Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasanya.Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Read the rest of this page »

MAJLIS PEGUAM BERGEGAR LAGI

Pada 16 Mei lalu, peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mencipta nama bila beliau memfailkan saman terhadap Majlis Peguam mendakwa mesyuarat agung luarbiasanya pada 11 Mei tidak sah.Sekitar 10.45 pagi Jumaat beliau muncul lagi seorang diri di ibupejabat Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar Besar ,Kuala Lumpur.Ramai wartawan dan jurugambar yang mendapat maklumat mengenai hal itu sudah sedia menantinya di situ.

Kali ini untuk mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee di laman web rasmi Majlis Peguam pada Khamis 7 Jun mengenai pindaan yang dibuat keatas Enekmen Mufti dan Fatwa (Kedah darul Aman)2008 yang dilulus oleh Dewan Undangan Negeri Kedah April lalui.Pindaan berkenaan dibuat sebagai sebahagian dari usaha penambaikan system sedia ada selain memperkasakan pandangan jawatankuasa Fatwa dan Mufti. Lim mendakwa pindaan berkenaan bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa.

20120609-132905.jpg

Mohd Khairul yang merupakan ahli Majlis Peguam mempersoalkan siapa yang memberi kuasa kepada Presiden Majlis Peguam itu membuat kenyataan berkenaan mewakili 14,189 orang peguam di Malaysia.Beliau ingin tahu apakah itu kenyataan rasmi Majlis Peguam atau kenyataan peribadi.Mohd Khairul memberi tempoh seminggu kepada Lim menjawabnya jika tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.Serentak dengan itu beliau mengingatkan Lim agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mengambarkan mewakili seluruh 14,189 orang peguam di negara ini.

Beliau juga tidak mahu Presiden Majlis Peguam itu sewenang-wenangnya menyentuh perkara-perkara yang menjadi tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan dan isu sensitive terutama yang melibatkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan.Ditanya apakah beliau ada meminta pandangan para peguam lain sebelum bertindak mempertikaikan kenyataan Lim itu,Mohd Khairul menjelaskan ada yang menyokongnya da nada yang tidak.

Apapun katanya beliau tidak kisah terpaksa bertindak sendirian untuk mempersoalkan gelagat semborono bos-bos Majlis Peguam yang turut dianggotainya.Katanya ketika menyampaikan surat tuntutan tiga muka surat mengenai hal berkenaan,Lim tiada di pejabat.Menurutnya itu tidak jadi hal kerana beliau datang tanpa temujanji dan surat berkenaan boleh disampaikan oleh petugas di pejabat itu kemudian.Pokoknya beliau mahu Lim menjawab persoalan yang dibangkitkan.-agendadaily / U Think?

PAS “KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN” (bhgn 3)

Hasil daripada perhimpunan atau muktamar tersebut,maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi yang antaranya turut disertai oleh:

1.Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
2.Persatuan ulama dari Kedah.
3.Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
4.Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
5.Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
6.Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
7.Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

20120606-072338 PM.jpg

Parti Islam Semalaysia (PAS)
Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

  • PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
  • KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
  • KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
  • KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
  • Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allah Maha Besar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.

    Tujuan PAS ialah :
    Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
    Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

    Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.

    20120619-071221 PM.jpg

    Sijil akuan ahli PAS

    Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.

    Sehubungan itu, timbul pelbagai persoalan mengenai perjuangan pimpinan PAS hari ini dan pengikut-pengikut yang terlampau taksub tanpa melihat sejarah sebenar perjuangan mereka. – U Think?

    PAS “KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN”(bhgn 2)

    Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan
    Ustaz Yunus Haji Yatimi. 20120602-150547.jpg
    Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).

    Ahmad Fuad seorang guru agama (Ustaz) yang berasal dari Terengganu. Beliau lepasan Maahad Ihya Assyariff, Gunung Semanggol dan menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO.Sebagai Pengerusi Badan Agama Umno, beliau tidak rela membenarkan aktiviti judi loteri dan funfair bagi mengutip dana. Ketika itu banyak kelab malam atau penari kaberat Melayu di bandar-bandar besar untuk mencari rezeki . Beliau mencadangkan menubuhkan kesatuan ulama bagi menyatukan seluruh pendapat ulama di Tanah Melayu. Tulisan beliau bertajuk “Ulama Malaya Belum Bersatu & Belum Mempunyai Organisasi” tersiar dalam lidah rasmi parti -‘Suara UMNO’.

    20120602-151350.jpg

    Ekoran itu, pada 15 Ogos 1951, Persidangan Ulama Tanah Melayu telah berjaya di adakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan tuntutan tersebut serta merangka Perlembagaannya. Seterusnya pada 24 November 1951, Persidangan Ulama Kali Ke-3 telah di adakan di Bangunan UMNO Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai, Pulau Pinang.Persidangan ini telah berjaya menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya dan seterusnya ditukarkan kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) atas persetujuan
    20120602-151554.jpgTidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada: Read the rest of this page »

    PAS “KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN” (bhgn 1)

    20120531-224433.jpg

    Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam.

    Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama.PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini

    Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).

    Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.
    Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

    Read the rest of this page »

    SELEPAS 23 TAHUN, PENANTIAN BERAKHIR!

    20120520-235451.jpg

    TAHNIAH dan SYABAS itu ungkapan yang paling sesuai kepada pasukan bolasepak Kelantan THE RED WARRIOR! Tahniah diucapkan kerana menjuarai Piala FA selepas beberapa kali mencuba, akhirnya piala No.2 berprestij selepas Piala Malaysia itu kini sah milik Kelantan untuk musim 2012.

    Apa pun, satu hal yang menarik yang menjadi topik separuh hangat dalam facebook dan twitter ialah kebanyakan pemain Sime Darby lebih menjaga aurat berbanding pemain Kelantan. Ini cuma pemerhatian umum dan beberapa individu sahaja.

    20120520-235649.jpg

    Simbolik disebalik THE RED WARRIOR (TRW) adalah perkataan THE RED WAVE, yang kini cukup ditakuti oleh parti lawan dengan gelombang yang semakin memuncak kini dan semakin didampingi oleh anak muda.

    Jika 23 tahun kita berusaha untuk mendapatkan piala kemenangan ini, kini tiba masanya kita TUKAR sebuah kerajaan yang sudah lama menzalimi rakyat Kelantan.Kita sudah tiada masa, ayuh kita TUKAR demi memperjuangkan Alif-Ba-Ta / -U Think?